[ I n t e r n e t R e l a y C h a t ] |
Tujuan saya mengadakan ruangan ini ialah sebagai memenuhi permintaanbeberapa orang kawan yang meminta saya mengajarkan semua commands IRC dan apa jua benda yang saya tahu berkaitan dengan IRC. Oleh itu saya berhasrat ruangan yang saya adakan ini dapat memberi manfaat dan maklumat berguna kepada semua, tanpa menyalahgunakan pengetahuan tersebut. Penerangan menerusi webpage adalah lebih mudah berbanding dengan penerangan dalam IRC. Semua arahan ini saya belajar bermula daritarikh pertama saya masuk IRC, iaitu pada 15 June 97. PERHATIAN! Semua yang saya letak disini ialah pengetahuan yang saya dapat dengan caramembaca help file, hompage, bertanya kepada mereka yang lebih tahu, dan pengalaman berIRC. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan maklumat, sila maafkan saya dan inform saya dengan segera supaya dapat diperbetulkan. Selamat belajar. |
[ A l - K i s a h I R C ] |
IRC atau Internet Relay Chat dimulakan penggunaannya oleh Jarkko Oikarinen yang bekerja di University of Oulu,Finland pada tahun 1988.Ianya direka sebagai variasi ‘multiuser’ dalam kemudahan ‘chat’ Unix.Program perbualan Unix yang asal hanya membenarkan dua pengguna menaipkan mesej kepada satu sama lain.Versi baru yang dicipta oleh Oikarinen ini membenarkan banyak pengguna memasuki satu pelayan (server) dan berbual sesama mereka. Server yang pertama didirikan di Oulu. Pada penghujung tahun 1988, IRC telah mewujudkan mIRC.Dengan kata lain, ianya ialah sebuah perisian yang dicipta oleh Khaled Mardam-Bey (untuk maklumat yang lebih lanjut tentangnya, lawatilah homepage beliau di alamat www.mirc.co.uk/khaled/ Untuk berbual melalui IRC, mIRC ialah salah satu program yang paling elegan dan versatil yang boleh didapati. Ianya mudah digunakan dan disertakan dengan sokongan yang baik. Anda boleh mendapatkannya di tucows.cdc.com.my. Jika anda belum pernah berbual melalui IRC, luangkan masa untuk membaca fail ‘HELP’ yang didatangkan dalam halaman mIRC dan juga program itu sendiri. Anda juga tidak perlu meletakkan nama sebenar anda dan alamat surat elektronik (email) anda jika anda tidak mahu. Ianya tidak pernah menjadi satu kesalahan! Setelah anda bersedia, sambungkan program baru anda ini ke Internet. Pilih server yang anda mahukan dengan menekan File, SetUp, IRC server. Anda akan mendapati terdapat banyak server IRC untuk dipilih. Selalunya, memilih server yang berhampiran dengan anda adalah lebih baik kerana ianya lebih cepat dan kurang masalah untuk memasukinya.Untuk informasi yang lengkap, lawati homepage Undernet di alamat www.undernet.org dan homepage Dalnet di alamat www.dal.net Mula-mula, anda harus biasakan diri dengan beberapa helah IRC di tempat yang tiada siapa dapat melihat kesilapan yang anda lakukan dan anda tidak akan mengganggu pengguna-pengguna lain. Caranya ; sambungkan ke mana-mana server dan klik pada Commands, Join Channel dan taipkan #(nama anda) ke dalam kotak yang disediakan. Anda akan memasuki satu ruangan dengan nama anda di tepi bahagian kanan , @(nama anda), menunjukkan anda adalah ketua di dalam ruangan itu,atau lebih dikenali sebagai ‘operator’. Dalam ruangan perbualan, anda akan melihat “*** Now talking in #(nama anda)”. Pergi ke ‘HELP’ dan buka pengenalan fail Help mIRC. Di bahagian bawah skrin, anda akan melihat satu garis “words box”. Mulakan latihan anda!!! Jika anda masih baru dalam IRC, agak bagus jika anda berdiam diri seketika, melihat perbualan-perbualan lain sebelum memulakan ‘chat’ anda. Anda juga boleh mendapatkan senarai saluran (channel) lengkap untuk server anda dengan menekan pada tulisan yang kelima dari kiri dan pilih Get List. Baca senarai yang diberikan dan klik untuk memasukinya.Selamat ber ‘chatting’!! |
[ F a k t a I R C : A p a i t u I R C ? ] |
Internet Relay Chat merupakan satu rangkaian internet yang membolehkan real time conference iaitu perhubungan melalui internet seolah-olah dalam dunia sebenar. Anda boleh berkomunikasi dengan masyarakat didalam IRC (ada yang hidup dalam IRC) dengan menggunakan IRC Client.Seperti mIRC , pirch , virc , telnet , ircll dan lain lain |
[ B a g a i m a n a s e s u a t u r a n g k a i a n I R C d i b u a t ] |
Tuan punya sesuatu rangkaian IRC akan menyediakan program yang membolehkan anda berada di dalam rangkaian tersebut, dan program ini dipanggil server. Sebuah rangkaian IRC yang bagus akan mempunyai banyak server, dan ramai nerd (IRCop dan IRCAdmin) yang menjadi penunggu setia. |
[ I R C A d m i n d a n I R C o p t u a p a ? ] |
IRCAdmin ialah orang yang bertanggungjawab ke atas setiap server,biasanya seorang IRCAdmin untuk setiap server. IRCop (IRCOperator, bukannya IRC COP) ialah mereka yang dilantik oleh IRCAdmin untuk mengendalikan rangkaian IRC. IRCop mempunyai beberapa kuasa seperti men'disconnectkan', kill, rehash, dan k-lined anda |
[ N e t s p l i t t u a p a ? ] |
Perkara pertama yang perlu anda faham ialah tidak semua chatters menggunakan server yang sama. Ada masanya sesuatu server itu terputus connection drpd sesuatu rangkaian IRC. Jadi, semua users yang menggunakan server tersebut akan dilihat sebagai 'meninggalkan IRC', walhal pada mata mereka juga, anda dilihat sebagai telah 'meninggalkan IRC'. Jadi janganlah gaduh2 menyalahkan sesiapa yang netsplit. (apasal selalu bising pasal sapa kena netsplit? tu salah serverlah ! |
[ Apakah IRC ialah tempat yang selamat drpd penjahat? ] |
Jawapannya ialah YA dan TIDAK. Ya sekiranya anda tahu bagaimana menyelamatkan diri, dan TIDAK sekiranya anda tidak tahu commands tertentu, tidak mahu bertanya, takut belajar, ataupun hanya mahu tenet semata2. Sila lihat ruangan WinNuke dan Peraturan #Under20thn serta command /ignore. Saya nampak line ni apabila saya taip /who #Under20thn #Under20thn aadik_cute@hlr-81-71.tm.net.my :5 Jµs†í˘é irc [j5.4.1] #Under20thn Max^RiO @hlr-81-71.tm.net.my :5 Boyfriend LindaRafar #Under20thn Playboy@hlr-81-71.tm.net.my :5 as Sempoi as u'll ever be H untuk 'here', G untuk 'gone'(away). @ menandakan MoSh mempunyai status @ dalam #Under20thn, dan + menandakan AaDiK_CuTe diberi status +voice. |
[ A p a m a k n a + n i c k n a m e ? ] |
Oh..tu maknyanya nickname telah diberi 'voice' ( /mode #channel +v nickname ). +voice hanya berfungsi apabila channel disetkan kepada 'moderate', iaitu hanya op dan orang yang disetkan +v sahaja boleh taip message kedalam channel. Maknanya orang yang takde +v mode takleh taip apa2 pun. Kalau taip pun, orang lain tak nampak. |
[ Apakah kelebihan IRC berbanding dengan lain-lain chatting ] |
Saya berpendapat IRC merupakan chatting programme yang terbaik kerana: - anda boleh menggunakan apa jua nickname yg anda mahu, - mendaftar seberapa banyak channel yang anda mahu - anda boleh masuk seberapa banyak channel yang anda mahu, - boleh chat private (tenet) dengan seberapa banyak nickname yang anda mahu - boleh menghantar dan menerima fail seberapa banyak yang anda mahu, dan terdapat beberapa Channel yang menawarkan fail, contohnya #mp3 dan #midi - kelebihan option DCC yang tidak bergantung kepada server |
[Asas Koman IRC] |
Berikut ialah commands yang
saya fikirkan sebagai perlu diketahui oleh semua Chatter. Kepada yang sudah mahir sila jadikan sebagai bahan rujukan. |
/server | /nick | /join | /quit | /msg | /away |
/who | /whois | /whowas | /part | /ignore | /me |
/ping | /mode | /ban | /kick | /invite | /topic |
/ctcp | /unban | /notice | /dcc chat | /list | /raw |
/echo | /dcc send | /quote | /stat | /admin | /say |
[Arahan User biasa] | [Fungsi arahan] |
/server nama.server (/server irc.dal.net) | tukar kepada server irc.dal.net |
/nick nickname (/nick AaDiK_CuTe) | tukar nick kepada AaDiK_CuTe |
/quit [alasan] (/quit nak pi tido) | keluar(quit) IRC.(reason adalah optional) |
/join #channel (/join #Under20thn) | masuk channel #Under20thn |
/who nickname/#channel (/who AaDiK_CuTe @ /who #Under20thn) | mendapatkan maklumat berkenaan nick AaDiK_CuTe, juga menyenaraikan semua nick yang berada dalam #Under20thn, kecuali mereka yang invisible |
/whois nickname (/whois AaDiK_CuTe) | untuk mendapat maklumat yang lebih mengenai AaDiK_CuTe |
/part #channel (/part #Under20thn) | Keluar channel bmirc |
/away [alasan] (/away nak pi dapor) | setkan diri anda sebagai away alasan ke dapor |
/msg nickname message (/msg AaDiK_CuTe hello...) | hantar mesej 'hello...' kepada AaDiK_CuTe |
/query nickname (/query Antu-One) | buka chat window dengan Antu-One |
/notice nickname message (/notice AaDiK_CuTe jom tenet....) | hantar notis 'jom tenet...' kepada AaDiK_CuTe. notis berlainan dengan msg kerana tiada sebarang window dibuka |
/notify nickname (/notify AaDiK_CuTe) | anda akan diberitahu apabila AaDiK_CuTe online ataupun offline |
/ignore nickname (atau *@host.add.ress ) ( /ignore AaDiK_CuTe @ /ignore *!*@*.tm.net.my) | untuk ignore AaDiK_CuTe, atau sesiapa sahaja yang menggunakan address *!*@*.tm.net.my. Sesuai digunakan bila anda diganggu dan menggagalkan cubaan flood. |
/mode your_nick +i ( /mode your_nick +i) | setkan anda kepada invisible. tukarkan +i kepada -i untuk setkan kepada visible semula. |
/me message (/me ucap a`kum kat semua) | *nickanda ucap a`kum kat semua |
/list ( /list ) | Menyenaraikan semua channel |
/dcc chat nickname (/dcc chat AaDiK_CuTe) | buka dcc chat window dengan Matt` kelebihan dcc chat berbanding dengan msg ialah dcc tidak bergantung kepada server IRC. Walaupun anda telah disconnect dari server IRC, anda boleh lagi chat di dalam dcc windows |
/dcc send nickname filename.ext (/dcc send AaDiK_CuTe c:\midi\safura.mid) | hantar file Raya.mid dari folder c:\midi\ kepada AaDiK_CuTe |
/ping nickname (/ping AaDiK_CuTe) @ (ctcp AaDiK_CuTe ping) | ping ialah masa yang diambil untuk message anda sampai kepada nick yang anda ping. sekiranya masa yang diambil terlalu panjang, lakukan sesuatu seperti tukar IRC server. |
/say message (/say hello semua) | sama dengan hanya menaip 'hello semua' |
/invite nickname #channel (/invite AaDiK_CuTe #Under2othn) | menjemput AaDiK_CuTe masuk ke dalam #Under20thn |
[Arahan Operator] | [Fungsi arahan] |
/mode #channel +o nick (/mode #Under20thn +o Antu-One) | memberi status @ kepada Antu-One dalam channel #Under20thn. |
/mode #channel -o nick (/mode #Under20thn -o AaDiK_CuTe) | menarik status @ daripada #Under20thn dalam channel #Under20thn |
/kick #channel nick (/kick #bmIRC Matt` ) | meng'kick' Matt` keluar dari #bmIRC. |
/mode #channel +b nick!username@host.add.ress (/mode #bmIRC +b *!carut*@*.tm.net.my) | mengharam penjahat yg menggunakan address *!carut*@*.tm.net.my. |
/mode #channel -b nick[hostaddress] (/mode #bmIRC -b *!*@202.142.12.*) | menarik balik ban yang telah dikenakan ke atas address *!*@202.142.12.* |
/topic #channel topik baru (/topic #bmIRC Selamat Datang) | menukar topic dalam channel #bmIRC kepada 'Selamat Datang' |
/mode #channel +-ptislkmRrn (/mode #bmIRC +tn-psklmRri) | menukar mode #bmIRC. Sila pastikan anda tahu fungsi setiap label |
[ i r c . U n d e r n e t . o r g S e r v i c e s ] |
XS
Operator
Untuk Menjadi Operator di server Undernet
anda mula2 perlu ada access Untuk log in. Hanya Orang yg dipercayai
atau dikenali sahaja akan di beri . Founder sahaja layak memberi anda
XS |
[ A r a h a n X & W ] |
• Pastikan ident dan
userhost anda sama :- jiwang@*.tm.net.my atau jiwang@202.188.*
(check whois dulu) • Type /msg x@channels.undernet.org pass #jiwang <password anda> • Selepas menerima notice daripada X [ AUTHENTICATION SUCCESSFUL on #jiwang ]. type /msg x op #jiwang • Pastikan anda memberi password yg betul . Jika passwd anda hilang atau kena hack , mail kepada founder channel atau anda boleh tukar password dengan menaip msg /msg x@channels.undernet.org newpass #jiwang <password> • Command channel yang terhad kepada founder adalah info dan topik • Command untuk OPerator channel biasa adalah :- /msg x invite #jiwang
<nick> /msg x ban #jiwang <nick|user@host>
reason /msg x kick #jiwang <nick>
reason /msg x topic #jiwang
<newtopic> /msg x unban #jiwang
<nick|user@host> /msg x banlist
#jiwang /msg x channifo
#jiwang /msg x help
<command> |
Download Service Undernet
Popups extract kedlm folder mIRC Type /load -rs undernet.mrc , kemudian usha menubar anda |
[ I R C . D a l . n e t S e r v i c e ] |
Semua command berikut hanya
boleh digunakan dalam DalNet / WebNet (A) : boleh digunakan oleh semua (AOP) : hanya boleh digunakan oleh AOP dan keatas (SOP) : hanya boleh digunakan oleh SOP dan keatas (F) : hanya boleh digunakan oleh founder. |
[ A r a h a n C h a n S e r v ] |
/msg chanserv info #channel
(A) digunakan untuk mendapat semua maklumat mengenai #channel /msg chanserv register #channel passwd
channel-desc. (A) /msg chanserv op #channel nick
(AOP) /msg chanserv sop[aop,akick] #channel list
(AOP) /msg chanserv mdeop #channel
(AOP) /msg chanserv mkick #bmIRC
(SOP) /msg chanserv aop[sop,akick] #channel add[del] nick!username@host.add.ress (SOP) digunakan untuk menambah[membuang] chatter
yang match
dengan 1. /msg chanserv aop #bmIRC add
J|wang /msg chanserv identify #channel passwd
(F) /msg chanserv set #channel topiclock on[off]
(F) /msg chanserv set #channel mlock
+tnr-pklmisR (F) /msg chanserv set #channel ident on[off]
(F) /msg chanserv set #channel opguard on[off]
(F) /msg chanserv set #channel passwd newpasswd
(F) Command /msg chanserv boleh diganti dengan
/ChanServ. Command selepas /Chanserv adalah kekal seperti
biasa. |
[ A r a h a n N i c k S e r v ] |
/msg nickserv register
passwd digunakan untuk mendaftar nickname yang anda sedang pakai dengan menggunakan passwd sebagai password, dengan syarat nickname itu masih belum lagi didaftarkan oleh sesiapa. /msg nickserv identify
passwd /msg nickserv ghost nick
passwd /msg nickserv info
nick /msg nickserv set kill
on[off] /msg nickserv set passwd
newpasswd /msg nickserv acc
nick /msg nickserv drop
nick Command /msg nickserv boleh diganti dengan /nickserv .Command selepas /msg nickserv adalah kekal seperti biasa. |
[ A r a h a n M e m o S e r v ] |
(untuk menggunakan servis
memoserv, anda perlu menggunakan nickname yang telah diregister DAN telah
di identify kepada nickserv dengan menggunakan password yang
betul)
/msg memoserv list /msg memoserv read
[nombor_memo] -MemoServ- Memo 3 from Edura. To
delete, use command: DEL
1 /msg memoserv send nick [message
anda] /msg memoserv del
[nombor-memo] Command /msg memoserv boleh diganti dengan
/memoserv. Command selepas /msg memoserv adalah kekal seperti
biasa. |
Download Service Dalnet
Popups, extract kedlm mIRC script anda kemudian type /load -rs dalnet.mrc , pastuh ia akan kuar kat menubar anda |
*Semua yang tertera dia atas bukanlah hasil dari karya saya sendiri. Ia adalah hasil
copy right saya dari website Jiwang. Oleh itu segala kesilapan amat dikesali.
{ Untuk sebarang komen E-mail me,okey }
[ Home ] [ IRC ] [ BmiRC ] [ Download ]
[ Abaut Me ] [ MP3 ] [ Credit ] [ Link ]
Copyright © 2000 By AaDiK_CuTe. All Right Reserved 2000. TM
Best viewed in 800 x 600. Support IE4+ and Netscape4+.